PERATURAN DAN TATACARA MESYUARAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM
(dibuat di bawah Seksyen 7, Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984) [Muat turun]
AGENDA MESYUARAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM KE-118 (BIL. 3/2025)
| Tarikh | : | 17 November 2025 (Isnin) |
|---|---|---|
| Masa | : | 9.30 pagi hingga 4.00 petang |
| Tempat | : | Double Tree by Hilton, Putrajaya Lakeside |
| BIL. | PERKARA | NO. RUJUKAN |
|---|---|---|
| 1. | Ucapan aluan oleh Pengerusi Lembaga | - |
| 2. | Penerimaan Agenda Mesyuarat Lembaga Ke-118 (Bil.3/2025); | [LEM/AS/118] |
| 3. | Pengesahan Minit Mesyuarat Lembaga Ke-117 (Bil.2/2025); | [LEM/MR/117] |
| 4. | Perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Ke-117 (Bil. 2/2025); | [LEM/PB/117] |
| 5. | Perbincangan Kertas Kerja Lembaga [LEM/KK]: | |
| (a) Cadangan syarat lesen peringkat pengendalian penuh (Full Operating License, FOL) keenam LPTA/A/1333 berkaitan syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas); | [LEM/KK/372] | |
| 6. | Perbincangan Kertas Makluman Lembaga [LEM/MAK]: | |
| (a) Kronologi Keputusan Lembaga bagi aktiviti pelesenan dan kawalselia syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd; | [LEM/MAK/247 Tamb.1] | |
| (b) Status Semasa Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Pengekstrakan Torium daripada Residu Water Leach Purification (WLP) dan yang berkaitan milik Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas); | [LEM/MAK/351 Tamb.4] | |
| (c) Status Semasa Pembinaan dan Pengoperasian Kemudahan Pelupusan Kekal (Permanent Disposal Facility, PDF) di Gebeng Industrial Estate (GIE), Mukim Sungai Karang, Kuantan, Pahang; | [LEM/MAK/336 Tamb.7] | |
| (d) Status Pelaksanaan Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (Communication, Education, and Public Awareness, CEPA) oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas); | [LEM/MAK/357] | |
| (e) Laporan Analisis Kepekatan Keaktifan Sebatian Nadir Bumi Karbonat (Rare Earth Carbonate, REC) yang dihasilkan dari Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (Nr-Ree) di PML 6/2021 Lot Pt 1761 Di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak; | [LEM/MAK/353 Tamb.1] | |
| (f) Status semasa pelupusan sisa radioaktif milik syarikat Sabah Forest Industries Sdn. Bhd.; | [LEM/MAK/358] | |
| (g) Status Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025. | [LEM/MAK/311 Tamb.1] | |
| 7. | Hal – Hal Lain; dan | |
| 8. | Penutup |