Laman Web Lembaga (BOARD)

JABATAN TENAGA ATOM
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

AGENDA MESYUARAT LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM KE-118 (BIL. 3/2025)


Tarikh : 17 November 2025 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Double Tree by Hilton, Putrajaya Lakeside


BIL. PERKARA NO. RUJUKAN
1. Ucapan aluan oleh Pengerusi Lembaga -
2. Penerimaan Agenda Mesyuarat Lembaga Ke-118 (Bil.3/2025); [LEM/AS/118]
3. Pengesahan Minit Mesyuarat Lembaga Ke-117 (Bil.2/2025); [LEM/MR/117]
4. Perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Ke-117 (Bil. 2/2025); [LEM/PB/117]
5. Perbincangan Kertas Kerja Lembaga [LEM/KK]:
(a) Cadangan syarat lesen peringkat pengendalian penuh (Full Operating License, FOL) keenam LPTA/A/1333 berkaitan syarikat Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas); [LEM/KK/372]
6. Perbincangan Kertas Makluman Lembaga [LEM/MAK]:
(a) Kronologi Keputusan Lembaga bagi aktiviti pelesenan dan kawalselia syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd; [LEM/MAK/247 Tamb.1]
(b) Status Semasa Projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Pengekstrakan Torium daripada Residu Water Leach Purification (WLP) dan yang berkaitan milik Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas); [LEM/MAK/351 Tamb.4]
(c) Status Semasa Pembinaan dan Pengoperasian Kemudahan Pelupusan Kekal (Permanent Disposal Facility, PDF) di Gebeng Industrial Estate (GIE), Mukim Sungai Karang, Kuantan, Pahang; [LEM/MAK/336 Tamb.7]
(d) Status Pelaksanaan Program Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (Communication, Education, and Public Awareness, CEPA) oleh Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas); [LEM/MAK/357]
(e) Laporan Analisis Kepekatan Keaktifan Sebatian Nadir Bumi Karbonat (Rare Earth Carbonate, REC) yang dihasilkan dari Projek Perintis Perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (Nr-Ree) di PML 6/2021 Lot Pt 1761 Di Mukim Kenering, Daerah Hulu Perak, Perak; [LEM/MAK/353 Tamb.1]
(f) Status semasa pelupusan sisa radioaktif milik syarikat Sabah Forest Industries Sdn. Bhd.; [LEM/MAK/358]
(g) Status Akta Perlesenan Tenaga Atom (Pindaan) 2025. [LEM/MAK/311 Tamb.1]
7. Hal – Hal Lain; dan
8. Penutup